Jumaat, 5 Ogos 2011

Keanggotaan Puteri Umno Kini 360,000 Orang

BERNAMA

PAPAR: Usaha agresif Pergerakan Puteri Umno dalam mendaftarkan keanggotaan baru nyata berhasil apabila jumlah anggota pergerakan itu kini mencecah 360,000.

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata pergerakan itu pernah mencatatkan peningkatan keanggotaan sebanyak 30,000 bagi tempoh tiga bulan dengan Sabah mencatat jumlah keanggotaan tertinggi sebanyak 48,265 orang, diikuti Johor dan Kedah.

"Di samping itu, inisiatif untuk mendaftarkan ahli yang layak bergelar pemilih juga agresif dijalankan. "Usaha penambahan ahli di seluruh negara akan diteruskan meskipun dalam keadaan mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan," katanya dalam kenyataan di sini.

Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berkata Puteri Umno akan menjadi nadi kepada kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya umum Ke-13 akan datang.

Katanya, antara persediaan pergerakan itu ialah dengan menumpukan usaha membaca sikap pengundi di bawah usia 40 tahun, di samping mengendalikan penggunaan sistem teknologi maklumat.

Tiada ulasan: