Ahad, 7 Ogos 2011

Karpal: Desak percepat kes Anwar 'hina mahkamah'

THE MALAYSIAN INSIDER


Mendesak mahkamah menyegerakan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dikira menghina mahkamah kerana mencampuri pentadbirannya, kata Karpal Singh.

Ketua peguam pembelaan dalam perbicaraan kes itu merujuk kepada cubaan kumpulan pendesak Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (Gaps) yang mahukan perbicaraan itu dipercepat.

NONE"Perbicaraan Anwar harus dibenarkan berlangsung tanpa sebarang campurtangan daripada mana-mana pihak," kata Karpal (kiri) dalam kenyatannya hari ini.

Katanya, setiap pihak tidak kira siapa tidak patut mengeluarkan kenyataan terbuka yang boleh mengganggu perjalanan perbicaraan itu.

The Star hari ini melaporkan, Gaps mendesak mahkamah mempercepatkan perbicaraan, ekoran aduan bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mahukan campurtangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada Rabu.

Tiada ulasan: