TEMERLOH - Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) melahirkan rasa hairan dan terkejut bagaimana Blogger UMNO boleh dapat semua dokumen sulit tentang kes serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak polis terhadap Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini.
Beliau berkata demikian dalam ceramahnya di Markas PAS Darul Amin, Sg.Gau dekat sini malam tadi. PAS katanya meminta pihak JAIS supaya membuat pendakwaan terhadap pihak yang terbabit dalam isu tersebut sekiranya mereka mempunyai bukti.
"Supaya orang yang kena tuduh boleh tunjuk bukti, supaya orang yang menuduh boleh tunjuk bukti. JAIS kata dia ada bukti, ada gambar, ada senarai nama dan ada soal selidik. Bahkan yang terbaru ada keluar klip video (rakaman) bagaimana penguatkuasa pergi. Apa yang mendukacitakan kita, bagaimana klip video ini boleh keluar?.
Bagaimana dokumen-dokumen sulit ini boleh keluar?. Yang peliknya semua dokumen ini dikeluarkan oleh blogger-blogger UMNO, yang menyebabkan Setiausaha Agung PAS (Mustafa Ali) buat kenyataan bahawa kita ada maklumat yang serbuan tersebut ada tangan UMNO dibelakangnya", katanya lagi.
Justeru itulah PAS mengambil sikap berhati-hati. "Soal hukum memang kita jaga, tapi kita kena hati-hati. Kadang-kadang sengaja dilakukan. Kita ragu-ragu, pertamanya kenapa blog UMNO dapat maklumat penting. Kedua, kenapa maklumat sulit tengah disiasat tiba-tiba keluar?.
Kita masih ingat lagi isu klip video yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimana klip video itu boleh keluar dalam Youtube dan disebarkan kepada umum sedangkan Datuk T kata video yang original telah diserahkan kepada pihak polis sahaja. Maknanya video klip itu hanya ada pada polis. Tiba-tiba bagaimana kes itu boleh bocor?. Esok saya yakin kes itu akhirnya senyap begitu saja", tambah beliau.
Apa motif Ezam berdemo di masjid, sedangkan demo sepatutnya dilakukan
di gereja Methodist Damansara Utama jika mereka benar marahkan isu itu
"Hari Jumaat lepas, Ezam Md Noor (Senator) bersama dengan lebih kurang seratus orang buat demontrasi di Masjid Negeri (Shah Alam). Hantar penyapu dan mangkuk tandas ke pejabat Menteri Besar. Perkasa marah. Biasanya kalau marah, marahla kepada pihak gereja, sebab insiden itu berlaku di gereja. Tiba-tiba buat demontrasi depan pejabat Menteri Besar. Ini kita rasa pelik bin ajaib", katanya.
Walau bagaimana pun beliau turut menegaskan bahawa prinsip PAS tidak akan berubah. PAS katanya harap isu yang sensitif seperti ini dikendalikan dengan cermat kerana ia boleh membahayakan.
"UMNO dia tak peduli. Masih kita ingat isu kepala lembu, heret dan pijak kepala lembu berlaku di Selangor. Isu campak kepala babi dan isu pembakaran gereja. Semua isu ini berlaku di negeri Pakatan Rakyat. Kenapa tidak berlaku di negeri lain?. Seolah-olah ada satu agenda besar dibelakang isu ini.
Oleh itu, kita kena terima hakikat bahawa tindakan kita harus tindakan yang cermat. Orang salah faham kononnya kita membela mereka (Orang Melayu yang terlibat dalam kes di gereja tersebut), kita tak bela mereka bahkan kita mempertahankan akidah umat Islam itu selama ini", katanya.
[Nampaknya, memang ada sesuatu yang cukup memusykilkan bilamana blogger-blogger UMNO begitu cepat mendapat maklumat dan dokumen sulit berkenaan sesuatu isu panas serta sensitif seperti ini.
Soalnya, kenapa ini berlaku?. Bukankah wujudnya satu perancangan sulit antara UMNO dan blogger-blogger berkenaan untuk melemparkan "jerangkap samar" secara bersama bagi menghuru-harakan Pakatan Rakyat itu sendiri.
Maka itulah, kita tidak hairan dokumen tersebut yang sepatutnya berada ditangan JAIS dan Polis boleh ada ditangan mereka. Inilah juga yang berlaku kepada kes video klip Anwar dulu.
Sememangnya, tidak syak lagi jika Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali mengatakan ada tangan UMNO disebalik insiden terbaru yang berlaku di Selangor ini. Rakyat perlu bijak menilai apa yang berlaku di depan mata mereka sekarang.
Usah terlalu terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan oleh mereka kononnya UMNO dan Perkasa yang membela Islam selama ini. Padahal akidah umat Islam itu rosak dan hancur gara-gara dasar-dasar mereka yang membelakangnya agama itu sendiri selama ini. Oleh itu, janganlah mudah terpedaya terhadap isu ini].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan