Khamis, 4 Ogos 2011

Isu MyKad: Pakatan dakwa PM hilang kawalan, mahu sidang khas Parlimen


PETALING JAYA — Pakatan Rakyat mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah kehilangan kawalan ke atas institusi-institusi yang menguruskan pilihan raya selepas perikatan itu membangkitkan telah mengesan 1,600 nama rakyat asing diberikan hak untuk mengundi antara Mac dan Jun lalu.

Wakil rakyat pembangkang menegaskan situasi itu mencetuskan kebimbangan mengenai program-program perlindungan seperti kempen mendaftar kedua-dua pekerja tanpa asing dan sah yang dilaksanakan sekarang.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (gambar) berkata Pakatan Rakyat akan mengemukakan permintaan akhir minggu ini agar diadakan satu sidang tergempar Parlimen, pada bulan Ramadan, bagi membahaskan isu kewujudan pengundi-pengundi kalangan rakyat asing yang diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia.

“Beberapa hari lalu Perdana Menteri berkata beliau komited untuk melakukan pembaharuan pilihan raya dan tidak akan ada pengundi hantu,” kata beliau.

“Sekarang, beberapa hari kemudian, kita ada laporan media bahawa rakyat asing diberi kewarganegaraan. Jika Najib tidak setuju dengan sidang khas (Parlimen), maka bermakna beliau telah hilang kawalan ke atas institusi-institusi ini, yang telah mengambil alih kuasa daripada pentadbirannya,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai pada sidang media di sini hari ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli pula berkata wujud komplot antara agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ahli Parlimen Kuala Krai ini berkata sementara program bagi mendaftar pekerja-pekerja asing yang sah dilanjutkan tanpa tarikh akhir berbanding 31 Julai 2011 yang ditetapkan sebelum ini, ia boleh disalah guna untuk menutup perubahan pada pangkalan data yang digunakan.

“Kami meragui tujuan sebenar program pendaftaran memandangkan ia membenarkan data diubah begitu cepat,” kata beliau lagi.

Pakatan Rakyat mendakwa seramai 1,108 pemastautin tetap di Lembah Klang telah diberikan status kewarganegaraan penuh sehingga semalam dan adalah sesuatu yang mengarut jika 1,000 kad pengenalan dapat dikeluarkan dalam satu hari.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub juga menunjukkan dokumen-dokumen yang mendakwa antara pukul 1.06 petang dan 2.30 petang semalam tiga pengundi yang memiliki taraf kewarganegaraan penuh berbanding pemastautin sebelum itu.

“Maklumat ini dimuat turun dari laman web Jabatan Pendaftaran Negara sendiri dan kami ada sebanyak 1,597 kes di seluruh negara,” kata beliau.

Tiada ulasan: