Selasa, 9 Ogos 2011

Isu Murtad - Wira PERKASA Sokong Hasan Ali.

KL POS

KUALA LUMPUR - Wira PERKASA hari ini menyatakan sokongan mereka terhadap pendirian Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Dr. Hasan Ali yang secara terbuka mempertahankan tindakan JAIS menyerbu sebuah Majlis di dalam Gereja yang disyaki ada unsur-unsur memurtadkan sebuah kumpulan Melayu Islam.

Ketua Wira PERKASA, Saudara Irwan Fahmi dalam kenyataannya mendesak agar pihak polis dan JAIS menyiasat secara terperinci dan memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak mengganggu siasatan kedua-dua institusi tersebut.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis atas isu seperti di atas di IPD Dang Wangi hari ini.

Semalam, Dr. Hasan Ali dilihat enggan memberi sebarang komen selepas selesai Mesyuarat AJK PAS Pusat dan reaksi tersebut dinyatakan pihak Presiden yang akan menemui sendiri pihak JAIS bagi mengenalpasti sejauhmana berlakunya insiden memurtadkan sebuah kumpulan beragama Islam.




Tiada ulasan: