Sabtu, 20 Ogos 2011

Gunakan ‘Google Reader’ Untuk Memudahkan Pembacaan :

Dunia yang serba canggih ini sangat-sangat memanggil kita untuk terlibat dalam era pembangunan dan kecanggihan yang berlaku. Ianya merupakan ni’mat yang kemuncak yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada umat Nabi Muhammad s.a.w kerana selepas daripada ini pasti akan berlakunya kiamat dan tidak timbul Nabi yang lain selepas kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. Cuma, nabi Isa akan turun memimpin umat islam dan membunuh dajjal diakhir zaman. Oleh kerana terlalu ramai pengguna internet yang tidak tahu, saya menyarankan penggunaan Google Reader (http://www.google.com/intl/en/googlereader/tour.html) untuk memudahkan kita membaca sebarang maklumat daripada pelbagai laman web kepada satu bentuk paparan sahaja.

Mengikut kajian yang dibuat oleh Pemuda PAS Dun Chukai, terlalu ramai rakyat Malaysia yang masih belum menguasai teknologi maklumat terutamanya bagi mendapatkan perkembangan semasa dengan mudah tanpa memerlukan masa yang panjang membaca semua maklumat tersebut. Termasuk kepada mereka yang sudah biasa 'online'.

Sebagai contoh; anda akan mengalami kesulitan sekiranya anda ingin membaca semua laman web dalam satu-satu masa dengan membuka laman web berita atau blog tersebut satu persatu.Pasti ianya akan membuang masa anda yang menjadikan anda malas untuk membaca dan akhirnya kurang maklumat yang masuk ke minda anda dan keluarga anda akibat kurangnya pembacaan. Justeru, kita akan lambat atau sukar dimaklumkan berkenaan isu-isu semasa dan perkembangan-perkembangan terkini yang datangnya daripada pelbagai sumber dan laman web seperti buletin online (http://www.buletinonline.net/) , tranungkite.net (http://www.tranungkite.net/) dan sebagainya sebagai media alternatif masyarakat.

Selain itu, sikap yang ditunjukkan oleh kebanyakan rakyat yang berbangsa Melayu adalah tidak minat membaca dan mengkaji. Bukan semua tetapi terlalu ramai berbanding sikap bangsa lain atau penduduk di Negara lain termasuk Amerika syarikat. Rakyat mereka diajar dengan budaya membaca yang menyebabkan ada dikalangan mereka yang masuk islam disebabkan pembacaan semata-mata. Media yang merupakan sebagai saksi kepada mereka dan mereka bertindak sebagai hakim dalam menentukan sikap dan arus pemikiran.

Rakyat Malaysia hari ini sudah tidak bergantung kepada media arus perdana yang dimiliki oleh kerajaan bahkan peratusan penjualan Surat-Surat Khabar seperti Utusan Melayu dan lain-lain turun dengan mendadak. Ini menunjukkan bahawa hilangnya kepercayaan terhadap media yang ada pada hari ini. Oleh itu, kita sebagai masyarakat perlu mencari alternatif lain dan ‘Google Reader’ adalah satu kaedah pembacaan yang memudahkana pembaca membaca pelbagai berita dan maklumat daripada pelbagai sumber. Ini membolehkan pembaca menilai kebenaran suatu maklumat dan masyarakat tidak dapat ditipu dan diperbodohkan dengan mudah oleh media-media yang ada.

Bagaimana Untuk Menggunakan 'Google Reader'???

Anda hanya perlu memiliki satu akaun email goolgle atau dikenali dengan gmail. Ianya membolehkan anda mengaktifkan google reader dan memilih semua laman web yang anda minat untuk membacanya ketika anda ‘online’.

Apa yang menarik adalah anda akan mengetahui berita dan masa dikemaskini atau berita terkini. Bukan sahaja berita, anda juga boleh memasukkan blog-blog yang dipilih supaya anda dimaklumkan sekiranya pemilik blog atau laman web memasukkan entri (apa-apa sahaja) baru mereka dalam laman tersebut. Ini menjimatkan masa anda daripada membuka laman web satu persatu dan laman web tersebut boleh terus dibuka dengan ‘klik’ pada tajuk tersebut. Pasti ianya memudahkan anda…!



Kaedah : Pastikan Anda Mempunyai Akaun Gmail (email google)

Paparan yang keluar selepas anda klik ‘more’ dan klik ‘Reader’ dalam google (http://www.google.com.my/)

Sekiranya Anda tidak mempunyai email google anda boleh ‘create an account’ dan buat email google terlebih dahulu. Sekiranya sudah wujud email google, terus sign in menerusi akaun google anda.
Sekarang anda sudah selesai masuk ke ‘google reader’. Anda hanya perlu klik ‘Add a subscription’ dan masukkan laman web yang anda suka untuk dibaca terutamanya berita-berita yang diperlukan.

Contoh : Anda ingin baca buletin online dan tranungkite.net dengan mudah.

1. Masukkan alamat web buletin online dan tranungkite.net atau apa sahaja lama web.

2. klik ‘Add’ dan buat sekali lagi untuk tranungkite.net

3. Paparan yang keluar seperti berikut:



4. Anda boleh memasukkan laman-laman web yang lain dan anda hanya perlu scroll untuk membaca dan ‘klik’ disebelah kiri anda laman web yang mana hendak dibaca. Ia memudahkan pembacaan anda setiap hari. Angka (8) yang terpapar menunjukkan anda ada 8 perkara yang belum dibaca. Anda juga boleh memasukkan blog yang ingin dibaca seperti blog PPDC http://ppdcgroup.blogspot.com/ dan blog-blog yang lain. Copy alamat dan masukkan!

Kami mengharapkan anda memanfaatkan perkongsian ini dan menggunakan sebaik mungkin untuk mendapatkan maklumat terkini dan sebarang maklumat melalui pembacaan anda setiap hari. Untuk makluman, 'google reader' ini juga wujud untuk mobile dan juga Android. Mulakan dengan komputer anda. Terima Kasih dan Selamat Mencuba...

Tiada ulasan: