Selasa, 23 Ogos 2011

Dr Osman : Saiful Memang Ada Beritahu Plastik Dimasukkan Ke Dalam Duburnya

Ditulis oleh Hadri Yaziz


KUALA LUMPUR : Pengadu dalam kes fitnah liwat ke II ke atas Ketua Pembangkang, Saiful Bukhari Azlan ada memberitahu bahawa objek seperti plastik dimasukkan ke dalam duburnya sama seperti yang tertera dalam laporan perubatan, kata bekas doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid.

Dr Osman juga setuju dengan Ketua Pendakwaraya, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bahawa Saiful ada memaklumkan padanya bahawa beliau diliwat oleh seorang VIP namun bertegas bahawa Saiful ada mengakui objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya.

Saiful datang ke Pusrawi pada 28 Jun 2008, dua hari selepas beliau didakwa diliwat oleh Anwar.

Dia mengadu kepada Dr Osman bahawa beliau mengalami kesakitan pada duburnya.

Dr Osman yang menjalani pemeriksaan pada dubur Saiful bagaimanapun mendapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan berkenaan dan ketika itu katanya, Saiful memberitahunya dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya.

"Saya ada catatkan ini selepas Saiful beritahu saya selepas pemeriksaan dijalankan dan ada masukkan sebuah protoskop," katanya.

Menjawap soalan Yusof, Osman berkata memasukkan plastik bukan meliwat.

Beliau juga menafikan bahawa nota perubatan itu ditambah kemudiannya.

Tiada ulasan: