KUALA LUMPUR ─ Pendakwa raya kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh seorang pegawai perubatan telah mengubah laporan perubatan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008.
Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menyerang kredibilti bekas doktor hospital Pusrawi Dr Muhd Osman Abd Hamid ─ individu yang melakukan pemeriksaan ke atas Saiful selepas dia membuat laporan polis terhadap Anwar.
Osman memberitahu mahkamah bahawa Saiful mengadu sakit di bahagian duburnya dan tidak boleh membuang air besar selama seminggu sebelum pemeriksaan dilakukan.
Doktor itu menambah, dia mendapati dubur Saiful “sihat dan normal”.
Osman kemudiannya berkata Saiful mendakwa dia diserang di bahagian dubur, dengan merujuk kepada ‘satu plastik’, tetapi Yusof dengan segera membantah.
Apabila ditanya lebih lanjut, bekas pegawai perubatan Pusrawi itu kemudiannya berkata selepas pemeriksaan Saiful memberitahu dia “diliwat dan satu plastik dimasukkan.”
Pada ketika ini, Yusof menyatakan “kemasukan plastik” tidak dinyatakan dalam laporan perubatan asal Saiful dan Osman menambah, ia dicatatkan oleh pihak polis tahun lepas.
Pendakwa utama menyifatkan Osman sebagai “lelaki yang mudah diperdaya” dan menyatakan bahawa doktor itu telah bersetuju untuk menandatangani pengisytiharan undang-undang (SD) di atas permintaan peguam yang dia tidak kenali.
Osman bersetuju akan perkara itu dan berkata ketika itu dia “begitu takut.”
“Anda seorang lelaki yang mudah diperdaya, anda percaya semua yang orang kata. Anda akan melakukan apa sahaja untuk semua orang, sebab itu saya katakan pengertian plastik yang dimasukkan ke dalam dubur itu ditambah kemudian. Saiful menafikan berkata begitu.
“Saya katakan dia tidak kata apa-apa mengenai plastik,” kata Yusof.
Namun Osman menegaskan Saiful berkata begitu.
MENYUSUL LAGI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan