Harakahdaily
|
KUALA LUMPUR: Ekoran Sinar Harian berjaya menjejaki En Azhar Bin Ahmad, Pn Besah Binti Mat dan En Mansor Bin Ahmad dan mengesahkan kesahihan kad pengenalan masing-masing, Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mendedahkan lima lagi nama "jarang didengar". Tindakan akhbar itu juga telah berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia untuk terus bersama Pemuda PAS membongkar ruang-ruang manipulasi dalam pilihanraya di negara kita. Sambil mengucapkan terima kasih atas usaha murni akhbar bahasa Melayu itu, Exco dewan itu Suhaizan Kaiat mahu akhbar itu menjejaki lima lagi nama yang didakwa mempunyai klon kad pengenalan. Lima nama yang dimaksudkan adalah seperti berikut: 1. Jumaayah Bin Alus
Mengulas kenyataan salah seorang Besah yang dipetik akhbar itu sebagai berkata bahawa beliau kesal dengan fitnah PAS yang menuduhnya mengundi dua kali, Suhaizan berkata tidak timbul soal tuduh-menuduh itu. Ia kerana pihak mereka sedang membuat kajian terhadap kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR seperti yang pernah di sebut oleh Timbalan Pengerusi SPR Dato Wan Ahmad bin Wan Omar pada 24hb Julai 2011 dalam akhbar The Star. "Pemuda PAS tetap yakin bahawa pengundi hantu atau pengundi klon benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR. Enam data yang saya keluarkan hanyalah 6 daripada ribuan data yang dimiliki oleh Dewan Pemuda PAS. "Kajian tahap satu telah pemuda PAS lakanakan dengan menggunakan nama yang biasa dimiliki oleh rakyat Malaysia. Maka langkah seterusnya adalah PemudaPAS mahu mengeluarkan enam data bagi nama-nama yang jarang dimiliki oleh rakyat Malaysia," katanya merujuk kepada nama-nama seperti telah dinyatakan di atas. Pada masa yang sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada En Azhar Bin Ahmad, Pn Besah Binti Mat dan En Mansor Bin Ahmad yang telah mengesahkan kesahihan kad pengenalan masing-masing. |
Jumaat, 19 Ogos 2011
Daftar pemilih: 5 lagi nama untuk dijejak Sinar Harian
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan