Jumaat, 22 Julai 2011

Bongkar Scorpene, peguam Perancis ditahan di KLIA

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Peguam dari Perancis, Wiliam Bourdon yang mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Perkara itu dinyatakan Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya dan peguam Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri di laman Twitter.

Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.

Bourdon merupakan peguam yang dilantik Suara Rakyat Malaysia (Suaram), tiba ke negara ini bagi membongkar skandal pembelian kapal selam Scorpene dan misteri kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Beliau hadir bagi memberi ucap utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram), yang diadakan di Bayan Baru, Petaling Jaya dan Ipoh.

Majlis makan malam itu juga bertujuan mengumpul dana untuk membiayai kos guaman terhadap kes pembelian Scorpene yang difailkan di mahkamah terbuka Perancis.

Pesawat yang membawanya dari KLIA dilapor tiba pada jam 10.25 pagi di Bayan Baru semalam.

Beliau sepatutnya dijadual berucap pada majlis makan malam di Dewan Sivik MBPJ, malam ini selepas berucap pada majlis anjuran yang sama di Bayan Baru.

Tiada ulasan: