Jumaat, 18 Jun 2010

Umno tuntut semula kerusi Merotai


ghapur salleh pic Oleh Muda Mohd Noor


TAWAU: Ketua Umno bahagian Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh berkata, Umno mahu bertanding kerusi dewan undangan negeri (DUN) Merotai dalam pilihanraya umum akan datang.

Katanya, ia selaras dengan keputusan 191 cawangan Umno bahagian Kalabakan yang mengadakan mesyuarat berkelompok yang berakhir 11 Jun lalu.

"Kerusi itu dipinjamkan kepada LDP selama dua penggal. Ahli Umno mendakwa mereka telah dianak-tirikan.

"Saya menerima banyak aduan daripada mereka mengenai perkara tersebut dan mereka mahu kerusi itu dikembalikan kepada Umno," katanya.

Menurut Ghapur, mereka mahu wakil rakyat yang boleh membantu mereka dan saya khuatir pada pilihanraya umum akan datang kerusi itu akan jatuh ke tangan pembangkang.

"Kita sedia maklum Parlimen Kalabakan amat kukuh kepada BN…jangan kerana denyutan nadi rakyat tidak didengari pihak atasan kita akan berputih mata pada pilihnaraya umum ke 13 akan datang,” tegas Ghapur.

Seorang pemimpin Umno bahagian yang dihubungi berkata, Umno sebenarnya sudah lama mahu bertanding di Merotai kerana ia merupakan kawasan selamat.

Katanya, semasa menyerahkan kerusi itu kepada LDP, ada sebilangan pemimpin bahagian yang tidak setuju.

"Kawasan ini merupakan kerusi tradisi Umno dan tindakan melepaskan kerusi itu seperti `rela dalam paksa,’ katanya yang tidak mahu namanya disiarkan.

Tiada ulasan: