Sabtu, 19 Jun 2010

Sikap Terbuka Terhadap DHPP


images Oleh Muda Mohd Noor


PETALING JAYA: Dua parti utama Pakatan Rakyat – DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) – menyifatkan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sebagai satu konsep keterbukaan dalam parti pembangkang.

Ahli Parlimen Kapar dari PKR, S Manikavasagam berkata, beliau tidak melihat DHPP sebagai satu ancaman kepada PKR.

"Ok lah mereka masuk Pakatan Rakyat juga, terpulang kepada kemahuan dan hak masing-masing.

"Yang penting mereka tidak sokong Barisan Nasional (BN), mereka tidak masuk MIC, Makhal Sakthi dan MIC. Mereka masih satu payung dengan kita (Pakatan Rakyat)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Manikavasagam yang juga ahli majlis pimpinan pusat PKR berkata demikian ketika diminta mengulas penubuhan DHPP oleh PAS seperti yang diumumkan dalam Muktamar Tahunan ke 56 di Kota Baru, minggu lalu tetapi telah dilancarkan pada 23 Mei lalu di Klang.

Menurut ahli Parlimen Kapar itu, PKR dan DAP tidak berhak untuk menghalang orang India dan Cina daripada menyertai DHPP.

"Itu hak mereka, mungkin ideologi politik mereka tidak sama dengan kita, yang penting DHPP menyokong Pakatan Rakyat," katanya.

Ahli Parlimen DAP Kepong, Tan Seng Giaw pula berkata, tidak ada sebarang masalah2299513037_1dd190344a kepada DAP dan Pakatan Rakyat mengenai peranan DHPP.

Katanya, DHPP itu bukan baru, telah ada bertahun yang lalu, mungkin nama sahaja yang berbeza.

"DHPP ada program dia sendiri dan dia (DHPP) pula adalah sayap PAS yang ada prinsip Islam. Ini perkara biasa, tak ada masalah bagi kita (DAP)," katanya lagi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan calon bukan Islam yang menganggotai DHPP dibenar menggunakan simbol parti dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, DHPP juga akan dinaik taraf menjadi dewan sama seperti dewan pemuda, muslimat dan ulama’.

Tiada ulasan: