Sabtu, 19 Jun 2010

Naib presiden keempat: Muslimat belah bahagi

Puteri Aida Haryani



Walaupun Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS pusat 10 Jun lalu meluluskan usul agar diwujudkan satu jawatan naib presiden untuk disandang anggota wanita parti itu, namun usul berkenaan tidak mendapat sokongan menyeluruh.

"Muslimat tidak mahu menjadi perjuang padang jarak padang terkukur, belum berjuang sudah tersungkur," jelas exco Muslimat Pas Pusat Aiman Athirah Al-Jundi.

Katanya, cadangan supaya jawatan naib presiden keempat diwujudkan, tidak akan memberi apa-apa manfaat kerana sebelum ini ahli Dewan Muslimat pernah dicalonkan pada tahun 2005 sebagai Naib Presiden dan Pesuruhjaya Negeri tetapi kalah tipis dalam pertandingan jawatan tersebut.

Aiman berkata, ahli Dewan Muslimat boleh memegang mana-mana jawatan naib presiden sama ada satu,dua atau tiga, dan tidak semestinya timbul jawatan naib presiden yang keempat.

"Silap Muslimat, (apabila) tidak berusaha mencalonkan nama untuk jawatan Naib Presiden atau Timbalan Pesuruhjaya Negeri," katanya.

Selai

n itu, katanya, Dewan Muslimat juga telah mengaturkan strategi agar setiap ketuanya bertanggungjawab dalam memastikan ada ahlinya dicalonkan.

Malahan dalam strategi jangka panjang pula, Aiman berkata mereka sudah menubuhkan 'Gerakan Perubahan Minda Muslimat' yang telah diusulkan kepada Senator Mumtaz Mohd Nawi untuk tindakan susulan.

Gerakan ini ditubuhkan supaya pemimpin Dewan Muslimat yang berkaliber berpeluang memegang jawatan kanan yang bersesuaian dalam PAS.

"Apa saja tindakan diperingkat Muslimat dalam PAS secara langsung memaparkan kematangan Muslimat di peringkat Nasional.

"T
olak (membantah) naib presiden empat kerana nampak seperti menjatuhkan martabat kaum hawa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Aiman menegaskan bahawa ahli Dewan Muslimat tidak mahu diberi kelebihan hanya kerana jantina, tetapi sebaliknya mereka mahu bertanding di padang secara sama rata.

Beliau turut memberi contoh seperti jawatan pengarah selalu dipegang oleh lelaki sahaja, walhal wanita juga mempunyai kemampuan yang jauh lebih baik daripada mereka.

"Muslimat mahu menjadikan (parti) hebat serta mempunyai kemampuan dan suatu masa akan berjaya lebih daripada Muslimin," katanya sambil ketawa.

Semas

a perbahasan usul itu pada 10 Jun lalu, wakil Selangor, Noraini Hussin, membuat bantahan kerana berpendapat bahawa selama inipun PAS tidak pernah meminggirkan muslimat dalam urusan parti.

"Saya bantah usul ini untuk diterima kerana selama ini PAS telah iktiraf kekuatan muslimat sama dengan naib presiden," katanya.

Noraini berkata kini terdapat 30 peratus penglibatan anggota wanita dalam urusan Pas termasuk dalam soal menggubal dasar parti.

"Malahan muslimat PAS juga terpilih untuk bertanding dalam pilihan raya sehingga menang dan dilantik sebagai ADUN dan juga ahli parlimen," katanya.

Tiada ulasan: