Ahad, 10 Ogos 2008

Puteri sedia gempur Permatang Pauh
Oleh Bernama

KLANG: Puteri UMNO tidak kendur semangat berkempen membantu kemenangan calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini sekalipun wujud persepsi umum bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menang mudah.

Ketua Puteri UMNO Datuk Noraini Ahmad berkata, sebaliknya ia akan menjadi dorongan kepada sayap UMNO itu untuk bekerja keras dalam pilihan raya itu.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek pencen penakat berjumlah RM78,332 kepada Puan Rudzaini Mohamad Said, balu kepada seorang pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Md Zalai Salim di Kg Tok Muda, Kapar di sini.

Menyentuh pemilihan Puteri UMNO pada kali ini, beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata tidak ada peralihan kuasa sebagaimana beliau menerima jawatan itu daripada bekas Ketua Pergerakan itu Datuk Azalina Othman Said pada pemilihan sebelum ini.

Noraini tidak bertanding mempertahankan jawatannya pada kali ini kerana pada 7 Nov ini beliau mencecah 41 tahun, melebihi had umur bagi seorang Ketua Puteri.

Tiada ulasan: