Majlis Pengisytiharan itu dilaksanakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.
Pengisytiharan taubat Masitah itu disaksikan empat individu iaitu Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir; Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr Ahmad Shahir Makhtar, Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dan wakil Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Mohd Ansarullah Mohd Hashim.
Mohd Shahzihan berkata, JAIS sebelum ini meneliti dan memperhalusi setiap pernyataan dalam video milik wanita berkenaan yang dikongsi di laman sosial.
"Hasilnya kemudian dirujuk ke Jabatan Mufti Negeri Selangor dan diperakukan oleh Mufti Selangor bahawa perbuatan dan pernyataan Masitah adalah bertentangan dengan hukum syarak, justeru, penyataan wanita itu adalah satu perbuatan yang disyaki bersalahan dengan Seksyen 7 dan Seksyen 8(b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) Tahun 1995.
"Masitah kemudian dipanggil menghadiri sesi penjelasan bersama tiga orang panel pakar akidah yang dilantik JAIS pada 20 September lalu dan hasil daripada sesi penjelasan itu, dia akur dan insaf.
"Dia juga menyesal dengan perbuatannya yang bercanggah dengan hukum syarak serta menyeleweng, menyimpang dari akidah Ahli Sunah Waljamaah," katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Shahzihan berkata, Majlis Pengisytiharan Taubat itu diatur atas persetujuan wanita itu tanpa paksaan demi memberitahu kepada umum, khususnya kepada individu atau pihak yang percaya dan berpegang kepada pernyataan mimpinya untuk turut bersama-sama mengakui kekhilafan yang dilakukan, bertaubat serta kembali kepada prinsip-prinsip Islam yang benar.
Turut hadir pada majlis berkenaan adalah suami serta anak-anak Masitah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan