SEORANG wanita yang hamil tujuh bulan melahirkan bayinya secara tidak sengaja di dalam tandas ketika hendak membuang air besar.
Dalam kejadian menyayat hati di Parit 7, Sekinchan itu, bayi berkenaan disahkan meninggal setelah terjatuh ke dalam lubang mangkuk tandas.
Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata, kejadian kira-kira 4.03 petang itu berlaku di sebuah premis.
Katanya, seorang wanita yang sedang mengandung kira-kira tujuh bulan melahirkan bayinya secara tidak sengaja di dalam tandas ketika hendak membuang air besar.
“Bayi yang dilahirkan telah terjatuh ke dalam (lubang) mangkuk tandas dan berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dalam masa 10 minit setelah memecahkan tandas tersebut,” katanya.
Beliau berkata bayi tersebut disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.
“Ibunya yang berumur 37 tahun berada dalam keadaan stabil serta telah dihantar ke Hospital Tanjung Karang menggunakan ambulans,” ujar beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan