Isnin, 2 Ogos 2021

Tak ada otak! Kalau betul bela rakyat, cari jalan tangani COVID-19 bukan langgar SOP

 Athirah Huda Zalhe

PDRM perlu ambil tindakan, rakyat berkumpul dikompaun, jadi sila bertindak adil

KUALA LUMPUR – Belum reda isu perhimpunan haram ‘Keluar dan Lawan’ pada Sabtu, hari ini Ahli-Ahli Parlimen pembangkang pula mencetuskan keadaan sama selepas gagal memasuki Bangunan Parlimen.

Terdahulu, beberapa wakil rakyat pembangkang membabitkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad,  Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng serta yang lain berkumpul di Dataran Merdeka setelah mereka tidak dibenarkan memasuki Bangunan Parlimen hari ini.

Kesemua mereka kemudiannya cuba berarak ke Bangunan Parlimen yang bermula dari Dataran Merdeka walaupun Sidang Khas Dewan Rakyat ditangguhkan ekoran perkembangan kes positif COVID-19 yang berlaku dalam tempoh empat hari persidangan.Sepanjang perarakan, laungan ‘Daulat Tuanku’, ‘undur Muhyiddin’, ‘Perdana Menteri pengecut’ dilaungkan.

Bagaimanapun, usaha Ahli-Ahli Parlimen terbabit untuk berarak ke Bangunan Parlimen dihalang oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di bulatan berhampiran Dataran Menara.

Walaupun pembangkang mendakwa tindakan mereka itu demi rakyat, ternyata kebanyakan rakyat tidak ‘merestui’ dan menyifatkan Ahli-Ahli Parlimen terbabit juga gagal memberikan contoh yang baik sebagai pemimpin.

“Ya Allah, ini ke contoh menteri Malaysia? Malu dengan negara luar yang berpusu-pusu untuk pulihkan negara, tetapi Malaysia berpusu-pusu mengejar kuasa,” tulis Farah Mustafa.

“Sibuk cerita rakyat! Sampai Parlimen kau cerita bab darurat, gagal itu ini. Masalah rakyat kau senyap, dekat luar canang pula masalah rakyat!,” kata Anepp Red Snippers Jigg.

“Mereka semua tak berkesan, cakap saja nak bela rakyat. Kalau betul bela rakyat, cari jalan untuk menangani kes COVID-19 bukannya langgar SOP,” kata Salipah Hanna.

“Elok FRU sembur sanitizer. Cuci jalan, cuci otak sekali. Kerjasama dengan bomba buat sanitize secara menyeluruh. Sembur clorox terus pun elok. Pembangkang PH ni memang dari dulu tak boleh pakai. 

“Cuma kita harapkan selain PH yang tengah berkuasa ni la buat betul-betul. Cuma tu la, kalau tak boleh pakai gak, rakyat la jadi mangsa,” tulis Mohd Syarizwan.

Pada masa sama, rata-rata rakyat juga mendesak pihak berkuasa mengenakan tindakan sewajarnya ke atas wakil rakyat pembangkang dan pihak yang turut serta dalam perhimpunan hari ini.

“PDRM sila ambil tindakan. Ini melanggar SOP PKP. Takkan rakyat biasa saja diambil tindakan tegas, orang pergi solat kat masjid kena kompaun. Please, rakyat dah muak dengan double standard,” kata Muhammad Akramin Zikri Ali.

“Kalau rakyat biasa, confirm kena saman. Harap PDRM ambil tindakan tegas,” kata Azari Anuar.

“PDRM sila ambil tindakan. Rakyat berkumpul dikompaun, sila bertindak adil,” tulis Sis Azie Anuar.

Tiada ulasan: