Sinar Harian
Datuk Seri Lajim Ukin, disahkan meninggal dunia pada jam 6.23 pagi Ahad.
KOTA KINABALU:
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu), Datuk Seri Lajim Ukin, disahkan meninggal dunia pada jam 6.23
pagi Ahad.
Perkara itu disahkan isterinya, Datin Seri Normilah Siong kepada Sinar Harian sebentar tadi.
"Ya benar, beliau telah meninggal pada jam 6.23 pagi tadi dan saya telah menerima panggilan daripada pihak hospital.
"Setakat ini masih di Hospital KPJ namun jenazahnya saya akan bawa juga pulang ke Beaufort," katanya.
Pada
Selasa lalu, Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu
dilaporkan ditidurkan selepas keadaan kesihatannya dikatakan merosot
akibat dijangkiti virus COVID-19.
Sepanjang
ditidurkan, keadaan bekas ahli Parlimen Beaufort itu dilaporkan stabil
namun masih bergantung dengan bantuan pernafasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan