Isnin, 30 Ogos 2021

PM jalani kuarantin, tak hadiri istiadat angkat sumpah


Istiadat mengangkat sumpah simpah rahsia Menteri dan Timbalan Menteri tidak dihadiri Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sedang menjalani kuarantin kendiri menjadi kontak rapat kepada kes positif Covid-19.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengesahkan Ismail Sabri tidak dapat menghadiri majlis angkat sumpah jemaah Kabinetnya yang berlangsung di Istana Negara hari ini.

Kenyataan tersebut juga berkata Ismail Sabri tidak akan dapat menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadual berlangsung di Putrajaya esok dan hanya akan menyertai acara itu secara dalam talian, kata kenyataan itu lagi.

Turut tidak hadir ke majlis tersebut hari ini seorang Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mohamad Alamin juga tidak dapat hadir selepa disahkan positif wabak itu.

Ismail Sabri mengumumkan barisan Kabinetnya pada Jumaat lalu yang terdiri daripada 31 Menteri dan 38 Timbalan Menteri.

Terdahulu, Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai PM kesembilan pada 21 Ogos.

Terdahulu pada 16 Ogos lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan keputusannya meletakkan jawatan sebagai PM selepas hilang majoriti sokongan dan cadangan kerjasama bipartisan juga tidak mendapat sokongan parti politik.

Tiada ulasan: