Dakwa peserta hanya guna hak asasi mereka untuk berhimpun
BANGI – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meminta pihak polis berhenti menyiasat dan mendakwa sesiapa yang menyertai Perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ pada Sabtu kerana menggunakan hak asasi mereka untuk berhimpun.
Suhakam sebaliknya mengesyorkan agar pihak berkuasa menekankan pembangunan dan pengukuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi membolehkan perhimpunan awam dijalankan dengan mengurangkan risiko COVID-19.
“Pihak polis juga dilihat membantu memudah cara perhimpunan melalui rundingan dengan penganjur bagi memastikan perhimpunan dapat dijalankan walaupun pada saat-saat akhir, tidak membenarkan peserta berhimpun di Dataran Merdeka seperti yang dirancang.
“Kami percaya langkah-langkah ini boleh ditambah baik pada masa hadapan,” katanya seperti dilapor media tempatan, hari ini.
Pada perkembangan sama, Suhakam turut memuji penganjur dan peserta dalam usaha untuk mematuhi SOP pandemik yang telah ditetapkan.
Selepas pemantauan, Suhakam mengesahkan perhimpunan itu berlangsung secara aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
“Suhakam mengucapkan tahniah kepada semua
yang terlibat dalam memastikan hak ini dilaksanakan secara
bertanggungjawab oleh semua pihak,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan