HARAKAHDAILY
DALAM Forum Doha di Qatar yang dihadiri PM Tun Dr Mahathir isu peralihan kuasa sekali lagi dibangkitkan.
Ternyata isu ini terus menarik perhatian ramai dan malah dunia. Dan
tidak syak lagi ia panas kerana Tun masih bermain silap mata barangkali
dengan pertuduhan jenayah terbaru melibatkan ‘bakal’ penggantinya beliau
terdorong untuk merobah segala perancangan awal.
Di Doha Tun
sengaja membangkitkan kekeliruan apabila isu ini diajukan. Dan kalau
diamati ulasannya untuk menyebut nama penggantinya pun Tun seakan tidak
berselera.
Menurut NST moderator forum berkenaan bertanya:
“So if I understand correctly you feel there’s a need, the country needs your leadership well beyond 2020?”
Jika saya faham apa yang anda maksudkan bermakna di sana ada keperluan buat negara untuk mengekalkan anda melampaui 2020?
Tun dengan nada selambanya menjawab:
“Well
I have promised that I would step down once I have resolved some of the
major problem that has been left by the previous government. Uhh I
promised that I will step down and give uhh the leadership to uhh well a
candidate that has been named..named by the coalition”
Sebenarnya saya sudah berjanji untuk melepaskan jawatan sebaik saya
selesaikan masalah-masalah besar yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.
Saya berjanji akan letak jawatan dan kepimpinan kepada (tidak sebut nama
Anwar) seorang calon yang telah dinamakan … dinamakan oleh Pakatan.
Ada sesuatu yang cuba Tun gambarkan dan dalam hal ini yang pasti Anwar sahaja yang tahu maksudnya. Dan Anwar semakin cemas.
Dari Mei 2020 ke lepas Persidangan APEC November 2020 dan kini mungkin melangkaui 2020.
Teringat saya bait lirik lagu kumpulan Harmoni ‘Penatian’ yang popular tahun 80-an dulu:
Penantian suatu seksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan