Sabtu, 21 Disember 2019

Pakar persoal persediaan Malaysia hadapi wabak polio



PETALING JAYA: Seorang ahli patologi berkata pendekatan berbeza perlu bagi menangani kerebakan penyakit berjangkit seperti polio, bergantung kepada keselamatan sempadan.

Dr Manimalar Selvi Naicker, seorang pensyarah di Universiti Malaya berkata terdapat 2 jenis ancaman iaitu ancaman “jarak jauh”, yang bermakna negara terkesan mempunyai sempadan yang selamat, dan ancaman “jarak dekat”, atau negara yang mempunyai sempadan bolos.

Dia persoalkan respon Putrajaya terhadap kerebakan di Filipina pada September lepas, tertanya adakah kerajaan menganggapnya sebagai ancaman jarak jauh atau dekat.

“Jika ia dikelaskan sebagai ancaman jarak jauh, apakah langkah-langkah yang diambil untuk menutup sempadan bagi individu-individu berisiko tinggi mulai 19 Sept bagi memastikan ancaman dijauhkan.

“Jika ia dikelaskan sebagai ancaman jarak dekat kerana sempadan bolos, kenapa respon terhadap kerebakan seperti di Papua New Guinia tidak dilaksanakan segera?” katanya.

Manimalar berkata Papua New Guinea dilanda kerebakan pada Jun tahun lepas, menyebabkan negara itu membawa masuk vaksin polio oral (OPV) 12 hari kemudian dan menjalankan vaksinasi besar-besaran 24 hari selepas kerebakan.

“Papua New Guina kurang membangun berbanding Malaysia, jadi tempoh tindak balas bagi Malaysia seharusnya lebih cepat,” katanya kepada FMT.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye baru-baru ini berkata Sabah dalam keadaan berjaga-jaga sejak kerebakan polio di selatan Filipina, susulan dakwaan ia tidak cukup bersedia dalam menghalang virus itu merebak ke negeri itu.

Lee berkata kementerian menandakan Sabah sebagai kawasan berisiko tertinggi dan sudah melakukan apa yang sepatutnya bagi menghalang kerebakan virus itu.

Seorang kanak-kanak berusia 3 bulan di Tuaran dikesan menghidapi polio pada 8 Dis, menjadikan ia kes pertama di negara ini sejak 1992. Malaysia diisytiharkan bebas polio sejak 2000.

Manimalar berkata ada kemungkinan vaccine-derived poliovirus muncul di rantau ini, dan menambah kementerian seharusnya menjangka potensi kemunculannya.

“Kes pertama dilaporkan di Filipina pada 19 Sept. Kes ke-4 pada 4 Nov dan ke-8 pada 25 Nov, jadi ada kerebakan yang pantas di negara jiran.”

Beliau berkata kerajaan mesti pastikan ada wang mencukupi untuk memvaksinkan rakyat dan orang asing untuk mendapatkan “imuniti kelompok” dan juga untuk penyelenggaraan peralatan yang diperlukan sekiranya berlaku kerebakan.

Beliau berkata Putrajaya bertanggungjawab memastikan sempadan negara selamat menghadapi ancaman penyakit berjangkit seperti polio, dan menambah memastikan rakyat divaksinkan masih tidak memadai.

Manimalar berkata kanak-kanak yang menghidap polio itu patut diberi pampasan kerana dia dijangkiti penyakit itu semasa dia mengikut jadual vaksinasi dan pihak berkuasa sedar akan kerebakan di Filipina.

Tiada ulasan: