Putrajaya merancang mengurangkan perjawatan awam sebanyak lima peratus sehingga 2021, kata Timbalan Menteri Undang-undang, Mohamed Hanipa Maidin.
"Jumlah keseluruhan perjawatan perkhidmatan awam sehingga suku ketiga 2019 adalah sebanyak 1.7 juta dengan peratus pengisian sebanyak 91.26 peratus bersamaan dengan 1.57 juta orang merangkumi perkhidmatan awam persekutuan, badan berkanun persekutuan, perkhidmatan awam negeri, badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan.
"Daripada jumlah keseluruhan perjawatan sebanyak 1.7 juta tersebut, 62 peratus merupakan perjawatan di sektor kesihatan, pendidikan, tentera dan polis," katanya dalam jawapan bertulis parlimen kepada soalan BN Senator Ibrahim Shah Abu Shah minggu lalu.Jelasnya, 38 peratus lagi dari lain-lain sektor seperti pentadbiran, perkhidmatan sosial, kejuruteraan, kewangan dan ekonomi, sains, pengangkutan, bakat dan seni, kemahiran, perundangan/ kehakiman dan sebagainya
Tahniah kepada penjawat awam yang undi PH pada PRU-14 lalu. Cita cita kamu semua tercapai. Bersedia lah dengan beg besar, balik kampung tanam jagung, toreh getah, tanam sawit dan jadi grabfood dispatcher!
Aku setuju dengan menteri PH, sepatutnya lama dah benda mcm ini berlaku demi kewangan negara dan sekiranya kakitangan awam berlebihan, banyak yang malas pula tu kata Atok Kita Mahathir Mohamad apa salah buang semuanya, baharulah janji manifeto tertunai.
Bagus inilah yang dinantikan oleh pengundi-pengundi PH janji manifesto yang dilaksanakan . Siapa penjawat awam yang undi PH pasti merasa bertuah bila perkara ini kena pada diri mereka sendiri. Tahniah sekali lagi.
Juga perlu difikirkan mesti dikurangkan juga adalah jawatan menteri, terlalu banyak dan ramai terlibat, gaji dahlah besar. Jika dibuat perbandingan dengan negara Australia misalnya yang penduduknya hampir sama dengan kita. Dah menteri-menteri PH ni bodoh apa salah dikurangkan juga. Elok juga kalau dikurangkan 30% menteri-menteri ini yangg xeffective.. mulut laju dari otak.
MR : Mula-mula buang pekerja, PRU-15 nanti kita buang PH pula, menteri bodoh, cakap lebih hanya menyusahkan rakyat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan