Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
Ekonomi negara makin teruk, patutnya buang menteri tukar kerajaan
BANGI
– Harapan dan cita-cita rakyat untuk melihat Malaysia menjadi negara
maju sepenuhnya pada tahun 2020 seperti terkubur di bawah pemerintahan
kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Pengerusi
Sukarelawan Malaysia, Isham Abdul Jalil berkata, ekonomi negara semakin
teruk menjelang 2020, malah hubungan perdagangan antarabangsa juga
dilihat tidak memberangsangkan.
Antara yang terkesan dengan kemerosotan ekonomi adalah Cold Storage yang dikendalikan oleh GCH Retail (M) Sdn Bhd.
GCH yang
pernah mempunyai 147 cawangan di seluruh negara, menutup 13 premisnya
yang terdiri daripada cawangan Giant dan Cold Storage tahun ini.
The Edge melaporkan bahawa pihaknya kini mempunyai kurang daripada 100 pasar raya dan pasar raya besar.
“Ekonomi
memang teruk ketika ini, banyak pasar raya yang tutup, rakyat sudah
kurang berbelanja, bukan sekadar rakyat terasa, tetapi pekedai turut
terasa kesannya.
“Bukan itu
sahaja, pasaran saham juga semakin teruk. Pelabur asing terus menarik
diri daripada Bursa Malaysia, dengan angka aliran keluar sebanyak
RM700.2 juta.
“Dulu kita
ingat 1 Januari 2020 makin baik tapi makin teruk. Masa dia buat Wawasan
2020, kita ingat rakyat semua senang. Tetapi sekarang lagi teruk,”
katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Pada masa sama, beliau turut memberi amaran bahawa bermula Januari 2020, berkemungkinan akan lebih banyak cukai baru dikenakan.
“Ini akan
tambah lagi beban rakyat. Pekerja pula akan banyak dibuang, dulu kalau
sektor swasta buang pekerja, kerajaan boleh absorb mereka. Kini kerajaan
pula mahu buang lagi 5 peratus penjawat awam, dia tak akan isi
kekosongan jawatan orang pencen.
“Saya nak
persoal macam mana mereka nak tambah 350,000 peluang pekerjaan dalam
tempoh 5 tahun. Itu tak masuk akal, bila rakyat tiada kerja, ekonomi
teruk, cukai ditambah, dasar semua jadi teruk lah untuk rakyat,”
katanya.
Beliau
berkata, situasi ini adalah natijah daripada ketidakpakaran para menteri
PH yang tiada pengalaman dalam mentadbir negara dan lebih memberi fokus
dalam bertelagah sesama sendiri.
“Mereka
semua tak berpengalaman, pada masa sama mereka tak fokus. Asyik fokus
rebut kuasa. Patutnya mereka tumpu masalah rakyat, bukan beperang sesama
mereka.
“Mereka kata
penjawat awam membebankan, walhal menteri-menteri yang membebankan,
saya rasa lebih baik buang menteri. Tukar terus kerajaan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan