Rabu, 5 Disember 2018

Waytha beri kenyataan di Bukit Aman

THE MALAYSIAN TIMES



KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri P.Waytha Moorthy hadir di Ibu pejabat Polis Bukit Aman petang semalam, dipercayai berhubung kenyataannya yang didakwa berunsur hasutan dan perkauman.

Sumber berkata Waytha Moorthy tiba di Bukit Aman pada kira-kira pukul 5.30 semalam untuk memberi keterangan.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata polis akan menyiasat sesiapa sahaja yang mengeluarkan sebarang bentuk kenyataan yang berkaitan dengan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman itu.

Insiden kekecohan yang berlaku pada awal pagi Isnin dan Selasa berikutan perbalahan mengenai perpindahan kuil berkenaan ke tapak baharu itu, juga menyebabkan seorang anggota bomba cedera selain kemusnahan terhadap 23 kenderaan yang dibakar perusuh, kerosakan sebuah bangunan serta gangguan awam.

Sehingga kini 83 orang ditahan bagi membantu siasatan dan daripada jumlah itu 70 sudah direman di mahkamah.

Tiada ulasan: