Wartawan Watan-Online
Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Ser Hishammuddin Hussein menggesa pucuk kepemimpinan parti itu supaya segera memanggil mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu bagi menangani kemelut yang melanda kini.
Beliau bekata, krisis yang melanda sehingga mengakibatkan penghijrahan beramai-ramai harus diberi perhatian serius.
“Dalam situasi yang penuh tidak ketentuan dan kebimbangan, saya menggesa kepimpinan tertinggi UMNO untuk segera memanggil mesyuarat MT.
“Jaminan harus diberi kepada akar umbi di setiap peringkat apakah langkah dan ketetapan kepimpinan dalam mengurus krisis parti. Jangan berlengah, akar umbi mengharap,” katanya dalam posting di Instagram.
Kenyataan Hishammuddin itu dibuat susulan satu demi satu Ahli Parlimen daripada parti itu keluar parti bermula dari Sabah minggu lalu.
Di Sabah tindakan keluar parti itu melibatkan lima Ahli Parlimen, sembilan ADUN dan dua senator BN.
Ia kemudian disusuli dengan tindakan enam Ahli Parlimen di semenanjung mengikut jejak langkah sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan