Penghijrahan keluar gerombolan wakil rakyat dan pimpinan UMNO sebelum ini hanya membantu mempercepat proses pemulihan parti, ujar Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata selain kepimpinan, UMNO juga perlu dibersihkan daripada imej negatif seperti rasuah dan salahguna kuasa.
“Sebelum bertemu PRU 15, sekurang- kurangnya sekali lagi proses pembersihan dalaman akan berlaku. PRU 15, UMNO akan dipimpin generasi baru.
“Adalah penting UMNO dibersihkan bukan sahaja dari segi kepimpinan tapi juga budaya dan falsafah perjuangan.
“Rasuah, penyalahgunaan kuasa, factionalisma, rasisma dan politik kebendaan adalah antara perkara wajib dihapuskan,” katanya melalui kenyataan pada Isnin.
Dalam kenyataan sama, Annuar berkata usaha memujuk ahli Parlimen UMNO untuk menyertai PPBM melalui ‘pintu belakang’ tidak menjamin pengukuhan parti itu dalam Pakatan Harapan (PH).
“Apa lagi kalau yang di bawa itu merupakan “kayu mati” yang sudah tiada pengaruh lagi UMNO tidak mati, malah akan semakin segar.
“Adalah lebih baik Tun Mahathir memikirkan tindakan lebih berani. Berkira kira melalui pintu depan.
“Lagipun rumah ini rumah asal Tun sendiri. Masih ramai di sini yang merasakan Tun M adalah sebahagian dari rumah agam ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan