Isnin, 10 Disember 2018

Rasuah dalam perkhidmatan awam kini ‘amat rendah’ – Dr M

THE MALAYSIAN TIMES
 


PUTRAJAYA: Rasuah dalam perkhidmatan awam turun ke paras ‘amat rendah’ sejak kerajaan baharu memimpin negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

“Pada masa ini, ia (rasuah) amat, amat rendah. Kita sebenarnya tidak menerima laporan mengenai rasuah sejak kerajaan baharu mengambil alih. Sebagaimana yang diketahui, dalam kerajaan terdahulu, ramai bercakap mengenai rasuah dalam kerajaan.

“Dari satu sudut, kita telah berjaya mengurangkan kes rasuah. Namun, mungkin masih terdapat rasuah dan mungkin tidak dapat dikesan oleh kita,” kata beliau semasa menjawab pertanyaan pemberita mengenai sejauh mana masalah rasuah dalam kalangan 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

Pemberita menemui Dr Mahathir selepas beliau melancarkan Konvensyen Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Ditanya sama ada terdapat perangkaan terkini mengenai rasuah, beliau berkata: “Tiada”.

Tiada ulasan: