Isnin, 10 Disember 2018

PERHIMPUN ICERD PERLU MASUK BUKU SEJARAH- AHMAD MASLAN


Jika sebelum ini, Menteri Pendidikan, Dr Mazslee Malik mahu memasukan skandal 1MDB sebagai subjek pendidikan Sejarah, namun kali ini ada saranan supaya perhimpunan bersejarah ICERD dimasukkan dalam silibus berkenaan.

Cadangan itu dilontarkan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan yang membuat usikan nakal terhadap Maszlee Malik.

Cadangan itu diutarakannya kerana berpendapat himpunan kesyukuran bagi meraikan keputusan kerajaan menolak ICERD ataupun ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum sebagai himpunan rakyat yang terbesar dalam sejarah negara.

“#Himpunan Rakyat terbesar dalam sejarah. @maszlee Menteri boleh masukkan dalam buku sejarah. Ya,” tulis beliau di Twitternya.

Ahmad dipercayai menujukan saranan itu terhadap Maszlee yang mencuri perhatian minggu lalu apabila menyatakan skandal 1MDB akan dimasukkan ke sejarah Malaysia’.

Dalam tweet yang sama, Ahmad turut memuat naik dua keping gambar. Salah satunya menunjukkan beliau sedang duduk bersila di hadapan pentas sambil tersenyum ketika perhimpunan berlangsung.

Sekeping lagi ialah gambar beliau dikelilingi anak-anak muda yang jelas gembira dapat berswafoto bersamanya di dalam Transit Aliran Ringan (LRT).


Tiada ulasan: