KOTA BHARU - Pas akui dua daripada ahli parlimennya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun ia tanpa pengetahuan parti.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pertemuan dengan Dr Mahathir adalah satu perkara biasa memandangkan beliau adalah pemimpin yang mempunyai banyak pengalaman dan sering menjadi rujukan banyak pihak.
“Saya pun ada dengar begitu (pertemuan). Tapi Tun M sebagai perdana menteri, dia memang terbuka menerima kunjungan siapa sahaja. Saya pun pernah jumpa tiga, empat kali dengan Tun.
“Dengan sebab beliau ketua kerajaan. Saya fikir, apa yang dibincangkan itu adalah perkara lain pada pertemuan itu. Tapi situasi begini, (memang) orang akan andaikan dengan pelbagai isu. Apakah yang dibincangkan? Tapi konsep makan malam itu perkara biasa,” katanya kepada media di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai tular di media sosial mengatakan dua ahli parlimen Pas mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan