KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan pertemuan beliau bersama pemimpin Umno lain dengan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad ada membincangkan tentang keluar parti.
Beliau juga mendedahkan pertemuan turut menyentuh penyatuan Umno dan PPBM, yang juga dipengerusikan perdana menteri itu.
“Macam-macam kita bincangkan. Boleh jadi kita bincangkan penyatuan, tentang penyatuan antara PPBM dan Umno,” katanya kepada FMT.
"Saya tak nafikan perbincangan itu, tetapi berbagai topik, khususnya tentang kelangsungan Melayu dan Islam.”
Ditanya mengenai keluar parti, bekas menteri besar Negeri Sembilan itu menjawab: “Saya tidak pernah cakap (keluar Umno). Saya tidak akan keluar Umno, saya tetap dengan Umno.”
Beliau dihubungi selepas Dr Mahathir memberitahu pemberita bahawa pemimpin Umno dalam pertemuan itu memberitahu mereka mahu keluar parti, dan juga meminta nasihatnya.
Ditanya mengenai penyatuan itu, Mohamad berkata ia timbul daripada keprihatinan kepada orang Melayu dan Islam.
“Kalau dua-dua parti boleh gabung bagus juga,” katanya, tetapi menambah dia tidak bersetuju jika Umno dibubarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan