Rabu, 5 Disember 2018

Maszlee nilai dirinya 9.95 dari 10 sebagai 'masih belajar', bukan seorang menteri

 
   
WAWANCARA l Dalam masa yang singkat, Maszlee Malik - daripada seorang ahli akademik menjadi ahli politik dan kemudian, menteri pendidikan. Harapan terhadapnya adalah begitu tinggi.

Sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini, ahli Parlimen Bersatu ini menyatakan bahawa dia masih belajar.

Ditanya bagaimana dia akan menilai prestasinya, semasa wawancara dengan Malaysiakini  di Kuala Lumpur pada hari Isnin, Maszlee melihat persoalan ini dari perspektif yang berbeza.

"Saya tidak akan menilai diri saya sebagai seorang menteri dalam tempoh enam bulan ini, tetapi saya menilai diri saya sebagai seorang yang sedang belajar.

Saya akan memberikan diri saya 9.95 daripada 10," katanya.

Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata beliau telah belajar enam bulan lalu banyak perkara baru tetapi mengakui bahawa keluk pembelajaran itu sangat mencabar .

Kebanyakannya, kata Maszlee, dia mendapati masih banyak yang perlu dilakukan dan pengorbanan demi masa depan negara.

"Saya mula belajar bahawa apa juga pembaharuan atau perubahan yang anda mahu lakukan untuk negara ini memerlukan pengorbanan bukan sahaja masa anda tetapi juga semua dimensi kehidupan anada.

"Tetapi ia berbaloi kerana anda melakukannya untuk negara,untuk kebaikan masa ddepan negara," katanya.

Ditanya mengenai pencapaian terbaiknya sejauh ini, dia tidak pernah berpuas hati, terutama ketika tugasnya selesai sepenuhnya.

"Jadi, hanya selepas lima tahun, saya akan dapat memberi penilaian terhadap diri sendiri, jika ada sesuatu yang saya boleh rasa bangga.

"Tetapi sekarang, ia masih berjalan dan saya benar-benar memerlukan sokongan semua orang," katanya.

Tiada ulasan: