Jumaat, 14 Disember 2018

Khairy sokong seruan singkir Zahid

Khairy Jamaluddin tewas kepada Zahid Hamidi dalam persaingan 
merebut jawatan presiden pada Jun. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin hari ini menyokong seruan meminta Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan presiden parti, ketika pemberontakan melarat dengan penghijrahan keluar wakil-wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin penting.

Bekas ketua Pemuda Umno itu bersetuju dengan satu catatan di Twitter menyeru kepimpinan Umno mengadakan mesyuarat tergempar menuntut Zahid meletak jawatan dan melantik pemimpin baharu.

“Hanya ahli Umno boleh selamatkan Umno – PPBM, Anwar atau PAS tak boleh selamatkan kami,” kata penulis, merujuk kepada spekulasi mengatakan pemimpin tertinggi Umno cuba membentuk satu pakatan baharu.

“Setuju. Pemilihan parti segera,” jawab Khairy.

Tiada ulasan: