SHAH ALAM - Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan ucapan
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa Himpunan ICERD sebagai
ucapan yang baik.
“Saya mendengar ucapan Presiden Pas di perhimpunan aman mengenai ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum) tadi. Ia satu ucapan yang baik dan jelas.
“Tahniah. Semoga Allah memelihara keamanan dan jati diri negara ini,” katanya dalam perkongsiannya di Facebook hari ini.
Abdul Hadi dalam ucapannya memberi amaran kepada Kerajaan PH supaya tidak membawa ICERD ke Parlimen untuk diluluskan
Katanya, jika perkara tersebut berlaku, pihaknya akan mengerahkan jutaan rakyat di jalan raya untuk menentangnya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Jangan berani bawa ICERD ke Parlimen]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan