Bank Simpanan Nasional (BSN) mengumumkan akan membantu
menyelesaikan baki pembiayaan kereta milik anggota bomba Allahyarham
Muhammad Adib Mohd Kassim.
“Allahyarham baru sahaja membeli kereta dengan pembiayaan BSN. Kereta itu disimpan di kampungnya untuk kegunaan selepas berkahwin,” menurut kenyataan itu.
Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada Isnin lepas selepas dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor pada 27 Nov lalu.
Jenazah Muhammad Adib dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid As-Saadah di Kampung Tebengau, Kuala Kedah kira-kira 1.45 tengah hari Selasa lepas.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan