KUALA LUMPUR – Penyertaan besar orang Melayu dan Islam dalam Himpunan
Ummah membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan
Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) memberi isyarat yang jelas dan
keras bahawa jangan sesekali menggugat kedudukan bangsa dan agama
mereka.
Malah, penyerahan memoradum oleh kumpulan silat kepada Yang
di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, secara halus berhemah dan tertib
memberi amaran tentang kedudukan mereka sebagai bentang pertahanan Islam
dan bangsa Melayu.
Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, orang Melayu sudah menunjukkan
betapa mereka memang serius jika bangsa dan agama, institusi Raja dan
bahasa mereka disentuh. Ribuan
peserta yang hadir pada perhimpunan penolakan ratifikasi Konvensyen
Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum
(ICERD) tidak melepaskan peluang melihat baju ” Bantah ICERD” di Dataran
Merdeka, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Katanya, sudah menjadi sifat orang Melayu sejak dahulu akan bangkit
dan bersatu tanpa mengira perbezaan ideologi dan politik seandainya ada
hak mereka diganggu-gugat.
“Pada pandangan saya, perhimpunan tersebut memberi mesej yang jelas,
terang dan keras. Inilah sifat orang Melayu yang etnosentriknya adalah
agama Islam.
“Banyak hikmahnya perhimpunan ini, ia memberi peringatan kepada pihak
di dalam dan luar negara jangan sesekali menyentuh hak mereka.
“Sebab itu, saya pernah menyatakan jangan beri orang Melayu marah
kerana bangsa itu ada konsep mengamuk,” kata Felo Utama Institut Kajian
Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu kepada MalaysiaGazette. Ribuan
peserta yang hadir pada Perhimpunan Ummah penolakan ratifikasi
Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi
Kaum (ICERD) tidak melepaskan peluang melihat baju ” Bantah ICERD” di
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Dalam pada itu, Kok Seong memuji penganjur himpunan itu kerana ia
berakhir tanpa provokasi dan perkara-perkara yang melanggar keselamatan
negara.
Ini kerana, sebelum penganjuran itu, banyak pihak yang melahirkan
kebimbangan tetapi ternyata perhimpunan itu berakhir dengan baik.
“Penganjur berjaya memastikan peserta berada dalam kawalan dan peraturan negara, ini sungguh baik,” katanya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan