Pengarah Aziz M Osman mendedahkan dia seolah-olah membunuh
diri apabila menyiapkan filem XX Ray 3 yang berisiko tinggi kurang
diterima ramai atau dikecam.
“Apabila buat sesuatu kelainan memang akan ada risiko tinggi. Mungkin ada sesetengah penerbit mahu play safe.
“Biasa filem macam ni produksi bajet besar seperti Hollywood saja nak buat kerana ia seakan-akan mahu bunuh diri,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Filem diarahkan Aziz itu dijangka menemui penonton di kira-kira 60 buah pawagam bermula 24 Jan tahun depan.
Sebelum XX Ray 3, Aziz pernah menghasilkan XX Ray dan XX Ray 2 yang diterbitkan pada 1992 dan 1995.
Trailer undang reaksi netizen
Filem itu dijayakan barisan pelakon antaranya Izzue Islam, Ardell Aryana, Adam John, Ashraf Muslim, Dazrin Kamarudin, Jalaludin Hassan.
Sesetengahnya memberi pandangan bersifat kritikal malah membuat dakwaan jalan cerita XX Ray 3 mungkin tidak ubah seperti filem sains fiksyen yang sudah ketinggalan zaman.
Bagaimanapun, Aziz berkata trailer berkenaan bukan trailer rasmi XX Ray 3 sebaliknya ia hanyalah untuk tontonan dirinya secara peribadi.
Mengulas perkara itu Aziz, 56, berkata, dia menerima pandangan dilontarkan umum seadanya.
“Jika nak dibandingkan dengan Marvel memang tak mampu terlawan.
“Saya anggap perkara seperti ini secara tak langsung bagi saya perhatian kerana ia dibincangkan.
“Saya cuma duduk diam dan netizen yang bincangkan sesama sendiri,” katanya.
Untuk rekod, semalam Aziz memuat naik trailer rasmi XX Ray 3 di saluran YouTube Aziz Othman.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan