PARLIMEN | Enam lagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen telah ditubuhkan bagi mengawasi dan memeriksa kerajaan persekutuan.
Enam jawatankuasa berkenaan meliputi perkara berikut:
- Bajet
- Hubungan antara negeri-negeri dan persekutuan
- Menimbang Rang Undang-undang
- Pertahanan dan hal ehwal dalam negeri
- Melantik Jawatan-jawatan Utama Perkhidmatan Awam
- Hak Asasi dan Kesaksamaan Gender
Difahamkan
calon-calon jawatankuasa pilihan khas ini dicadangkan parti-parti yang
diwakili mereka dan ia bukan suatu pekerjaan bergaji.
Jawatankuasa pilihan khas berkuasa memanggil saksi dan mengadakan pendengaran untuk meneliti perbelanjaan kerajaan hasil daripada kutipan wang pembayar cukai.
Empat MP pembangkang
Jawatankuasa tersebut dibentuk oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang dipengerusikan Yang DiPertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof.
Mohamad Ariff berkata jawatankuasa pilihan khas juga menerima syor menubuhkan Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus.
Kaukus berkenaan akan memiliki 12 anggota keseluruhannya, merangkumi empat anggota daripada anggota parlimen pembangkang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan