Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Uggah Embas berkata, anjing pengesan bomba negeri tiba ke lokasi kejadian pada 9.00 malam untuk memeriksa keadaan sekeliling di premis terbabit.
“Kita serahkan kepada pihak bomba untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian letupan ini,” kata Uggah ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Dalam kejadian 3.30 petang tadi, 26 orang turut cedera dan sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).
Polis mengenal pasti 3 lelaki yang maut dalam kejadian itu sebagai O Kui Lim 49, dan Tchee Kiom Joong, 24, yang masing-masing berasal dari Kuching, manakala seorang lagi, Chin Hsien Loong, 29, dari Butterworth, Pulau Pinang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan