Ahad, 16 Disember 2018

Akmal Nasir kini timbalan ketua pemuda Harapan


Akmal


KEADILAN DAILY

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Akmal Nasir dilantik sebagai timbalan ketua Pemuda Pakatan Harapan yang baharu.

Setiausaha AMK Ahmad Syukri Razab pula dilantik sebagai sebagai ketua setiausaha Pemuda Pakatan Harapan. 

Pengumuman tentang lantikan itu yang dilakukan Isnin lalu dibuat oleh Ketua Pemuda DAP, Howard Lee Chuan How dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula dilantik sebagai Ketua Pemuda Pakatan Harapan baharu menggantikan Anggota Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dua lagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda pula disandang oleh Ketua Pemuda Amanah, Mohd Sany Hamzan dan Lee sendiri.

“Pemuda Pakatan Harapan ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Nik Nazmi, Wong Kah Woh (Timbalan Ketua Pemuda sebelum ini) dan barisan kepimpinan yang lalu atas jasa dan sumbangan besar mereka membawa aspirasi anak muda melalui Harapan ke arah kemenangan dalam PRU14.

“Pemuda Harapan komited untuk meneruskan agenda anak muda melalui Manifesto Pemuda Harapn demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara,” katanya.

Tiada ulasan: