Rabu, 10 Oktober 2018

Zahid hadir beri keterangan di SPRM

THE MALAYSIAN TIMES
 


PUTRAJAYA: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Beliau tiba pada kira-kira 9.20 pagi dengan menaiki kenderaan berwarna putih tanpa polis pengiring.

Media sebelum ini melaporkan beliau dikehendaki hadir ke ibu pejabat badan antirasuah itu bagi membantu siasatan dakwaan penyelewengan dana sebuah yayasan.

Diiringi beberapa pegawai SPRM, Ahmad Zahid terus masuk ke dalam bangunan dengan puluhan wakil media tempatan dan antarabangsa hadir membuat liputan.

Isnin lepas, Ahmad Zahid menerusi catatan Twitter berkata beliau akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM.

Ahmad Zahid turut memberi keterangan kepada SPRM pada Julai lalu.

Tiada ulasan: