Para
pemandu teksi membantah dengan membawa spanduk semasa mengadakan
demonstrasi berhubung isu kereta Grab di hadapan Kementerian Kewangan,
Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK,
PUTRAJAYA – Lebih 300 pemandu teksi hari ini berhimpun secara aman di
hadapan Kementerian Kewangan (MOF), di sini bagi membantah syarikat
perkhidmatan e-hailing Grab yang dilantik sebagai alternatif tunggal
kepada bas perantara untuk pengguna MRT.
Pemandu-pemandu teksi konvensional itu yang diketuai oleh Penasihat
syarikat pengendali teksi di Suria KLCC, Big Blue Capital Sdn Bhd, Datuk
Shamsubahrin Ismail memulakan demostrasi mereka seawal jam 9.45 pagi
tadi.
Hampir kesemua 300 pemandu teksi yang menyertai perhimpunan itu
mengenakan pakaian seragam syarikat teksi masing-masing dan turut
disertai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong usaha mereka.
Mereka terdahulu berkumpul di kawasan letak kereta bersebelahan
Menara MRCB sebelum berarak beramai-ramai sejauh 300 kilometer menuju ke
bangunan MOF sambil melaungkan ‘teksi hidup’. Penasihat
Big Blue Taxi Facilities Sdn. Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail (tengah)
mengetuai demonstrasi berhubung isu Grab sebagai perantara MRT di
hadapan Kementerian Kewangan, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK
Pergerakan peserta-peserta demonstrasi itu dikawal rapi pihak polis
yang ditempatkan di sepanjang Persiaran Perdana, di sini sama ada
menggunakan kereta rondaan mahupun Unit Rondaan Bermotosikal (URB).
Tiada sebarang insiden buruk berlaku sepanjang perhimpunan itu
berlangsung dan pihak penganjur menunaikan janji mereka untuk tidak
menimbulkan kekecohan termasuk ugutan kepada pihak kerajaan.
Sebelum pihak penganjur, Shamsubahrin masuk ke MOF, beliau sempat
berucap kepada ratusan pemandu teksi dan membantah tindakan Setiausaha
Politik Menteri Kewangan, Tony Pua hanya berbincang dengan Grab sebagai
alternatif bas perantara untuk pengguna MRT.
Seusai berucap Shamsubahrin, bersama tiga lagi wakil syarikat teksi
menuju ke lobi MOF untuk menemui Tony Pua bagaimanapun dihalang pihak
berkuasa dan hanya dibenarkan menemui wakil kementerian tersebut. Penasihat
Big Blue Taxi Facilities Sdn. Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail (dua
kanan) bersalaman dengan Setiausaha Bahagian Strategi Koprorat dan
Komunikasi Kementerian Kewangan Malaysia, Suhaili Ahmad semasa
mengadakan demonstrasi di hadapan Kementerian Kewangan, Putrajaya. foto
SYAFIQ AMBAK
Hampir 10 minit Shamsubahrin cuba berbincang dengan pihak kementerian
untuk menemui Tony Pua, bagaimana hanya boleh menyampai pesanan melalui
Setiausaha Bahagaian Strategi Korporat dan Komunikasi MOF, Suhaili
Ahmad.
Kesal dengan keengganan Tony Pua menemui mereka, kesemua 300 pemandu
teksi itu bagaimanapun beredar dari MOF kira-kira 10.40 pagi tadi dan
akan mengadakan mogok penumpang di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA),
hari ini. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan