Rabu, 17 Oktober 2018

Jangan bina rumah ibadat ikut sedap nak pacak: Ridhuan Tee

ISMA WEB

Umat Islam sudah lama bertolak ansur sehingga ditolak beransur-ansur


BANGI – Pemimpin semua agama di negara ini dinasihatkan supaya membina rumah ibadat mengikut formula bagi mengelakkan berlakunya suasana haru-biru, kata pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.

“Bina kuil mengikut keperluan, bukan pakai pacak aci dan. Setakat ini kuil Hindu yang paling banyak mendominasi meskipun populasi orang India berada pada tangga ketiga.

“Terbaru, heboh diperkatakan isu Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ25 Subang Jaya hendak dirobohkan, bagi laluan untuk pembangunan.

“Dengar kata masyarakat India beremosi. Pelik. Pernahkah umat Islam bising dan kecoh apabila masjid surau dirobohkan bagi laluan pembangunan? Aduhai! betapa baiknya orang Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy yang menggesa masyarakat India supaya bertenang, selepas isu Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ25 Subang Jaya dimaklumkan hendak diroboh.

Waythamoorthy dilaporkan berkata, komen-komen di kalangan masyarakat India dalam media sosial nampaknya bersifat emosi kerana terdapat versi bercanggah yang tular dan mewujudkan kegelisahan di kalangan masyarakat itu di negara ini.


Tiada ulasan: