Ketua Puteri Umno, Zahida Zarik Khan berkata, Akta Pengubahan Wang Haram (Amla) digunakan kerajaan untuk beri tekanan kepada seorang demi seorang musuh politik mereka termasuk Ahmad Zahid yang juga ketua pembangkang di Dewan Rakyat.
"Adakah prinsip 'Rule of Law' yang dilaung benar- benar diamalkan untuk memberi keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia? Atau akan berterusan dengan pendakwaan terpilih dan politik dendam? soalnya.
Menurutnya, sayap parti itu akan tetap berdiri teguh di belakang Zahid walau berhadapan situasi sukar.
"Saya menyeru kepada semua ahli Puteri untuk turun beramai ramai bersama saya ke Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, jam 7.30 pagi pada Jumaat ini dengan berpakaian warna merah," katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan