Presiden
UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan Ibu Pejabat SPRM
selepas tujuh jam memberikan keterangan berhubung dakwaan penyalahgunaan
wang dana dalam Yayasan Akal Budi di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. foto AFIQ RAZALI,
KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
dijangka ditahan untuk disoal siasat di ibu pejabat Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 3 petang esok.
Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dalam
laman sosial Telegramnya hari ini memberitahu, notis serah diri itu
telah dihantar kepada Ahmad Zahid pada jam 1.45 petang, hari ini.
“Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah diberikan notis
serah diri untuk ditahan jam 1.45 ptg tadi untuk menghadirkan diri ke
ibu pejabat SPRM jam 3.00 ptg esok, 18hb Oktober, 2018 (Khamis).
“Presiden UMNO juga dijangka didakwa keesokkan harinya (Jumaat),” katanya melalui posting terbaru akaun Telegramnya, hari ini.
Jumaat lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipanggil SPRM bagi
membantu siasatan ke atas dakwaan penyelewengan di Yayasan Akal Budi
yang dipengerusikannya sebelum ini. Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Nor Adam
Ahmad Zahid di soal siasat pihak SPRM pada Jumaat lalu berlangsung
selama lebih tujuh jam dan ia merupakan kali ketiga beliau dipanggil
untuk dirakamkan keterangan.
Lokman juga berkata, susulan penahanan Ahmad Zahid itu, beliau
menggesa orang ramai dan pemimpin UMNO untuk berhimpun di ibu pejabat
SPRM malam esok sebagai tanda solidariti.
“Saya menyeru semua rakyat, khususnya ahli dan kepimpinan UMNO hadir
sama sebagai tanda #Solidariti4PresidenUMNO jam 9.00 malam di hadapan
ibu pejabat SPRM, Presint 7, Putrajaya dan jam 8.00 pagi di Mahkamah
Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur.
“Ayuh kita sama-sama hadir mempertahankan Presiden kita yang kini menjadi sasaran regim Zalim Mahathir DAP.
“Jangan biarkan Presiden kita keseorangan! Korbankan hanya sehari
untuk kita mempertahankan Maruah UMNO yang kini cuba dirobek oleh sang
penguasa,” katanya lagi. – Malaysiagazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan