Selasa, 23 Oktober 2018

Laporan penuh prosiding bayaran balik GST sebelum sesi Parlimen berakhir

Diyana Ibrahim, Astro Awani
Laporan penuh prosiding bayaran balik GST sebelum sesi Parlimen berakhir
Irwan merupakan antara saksi dalam kes tuntutan tunggakan GST berjumlah RM19.4 bilion.
 
KUALA LUMPUR: Laporan penuh berhubung tuntutan tunggakan bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diharap akan dapat disiapkan sebelum sidang Parlimen bagi sesi kali ini berakhir.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kira- Kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, beliau turut  berpuas hati dengan jawapan  yang diberikan saksi bagi kes itu pada hari ini iaitu bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

“Prosiding (PAC) hari ini singkat dan kita cuma bertanya perkara  yang lanjutan daripada keterangan yang diberi sebelum ini.
–– ADVERTISEMENT ––
 
“Dijangka laporan akan dapat siap sepenuhnya pada sebelum sesi Parlimen ini berakhir,” katanya yang ditemui media  selepas mempengerusikan Mesyuarat PAC hari ini di Parlimen.


Irwan merupakan antara saksi dalam kes tuntutan tunggakan GST berjumlah RM19.4 bilion.

Selain Irwan, PAC turut memanggil bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Menteri  Kewangan Lim Guan Eng.

Sementara itu Timbalan Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata Najib akan hadir dalam prosiding berhubung tuntutan kes itu esok.

Katanya PAC akan bersedia melengkapkan rumusan selepas saksi terakhir Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dipanggil. 
 
 

Tiada ulasan: