Sabtu, 13 Oktober 2018

Prk Port Dickson Bukannya Pengakhiran

DENYUT REFORMASI



1. PAS menghormati keputusan rakyat dalam PRK Port Dickson yang terpaksa diadakan demi kepentingan politik seseorang.

2. PAS mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di atas kepercayaan yang diberikan dengan menunjukkan peningkatan jumlah undi kepada PAS berbanding PRU 14.

3. Peratusan keluar mengundi yang rendah adalah petanda undi protes terhadap Kerajaan Pakatan Harapan yang gagal melaksanakan manifesto dan menunjukkan rakyat memboikot politik berkepentingan diri.

4. PAS terus komited untuk menegakkan keadilan dan kedaulatan undang-undang dan memperjuangkan kebajikan rakyat termasuk warga tentera melalui saluran demokrasi sebagai pembangkang yang menasihat.

5. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada calon PAS, Lt. Kol (B) Haji Mohd Nazari Mokhtar di atas kesungguhan beliau dalam melaksanakan keputusan parti dengan penuh istiqamah.

6. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada jentera PAS, rakan-rakan NGO, pasukan keselamatan dan pengamal media serta semua pihak yang memberikan sokongan dan kerjasama yang baik.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Tiada ulasan: