Jumaat, 12 Oktober 2018

PRK Parlimen PD: Cuaca dijangka mendung sebelah pagi

SINAR HARIAN

PRK Parlimen PD: Cuaca dijangka mendung sebelah pagi
Othman (tengah) hadir menyaksikan proses pengagihan peralatan mengundi pada proses Semakan Isi Peti Undi dan Serahan Peralatan Kepada Petugas Pilihan Raya di Kompleks Pentadbiran Daerah untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson, hari ini.- Foto Bernama
 
 
PORT DICKSON - Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca mendung dengan suhu sekitar 23 hingga 29 darjah celsius pada sebelah pagi hari pengundian bagi PRK Parlimen Port Dickson, esok.

Jabatan itu turut meramalkan daerah berkenaan mengalami hujan dan ribut petir pada sebelah petang Sabtu dengan suhu sekitar 30 hingga 32 darjah celsius.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood dipetik sebagai berkata, memandangkan cuaca tidak menentu di kawasan Parlimen berkenaan, beliau menyeru pengundi untuk pergi beramai-ramai pada sebelah pagi berbanding petang yang kerap kali hujan. - Bernama

Tiada ulasan: