Jumaat, 12 Oktober 2018

'Kerajaan baharu pembuli rakyat'


Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris
Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris
 
 
KUALA TERENGGANU- Tindakan kerajaan yang mahu membatalkan projek-projek berskala besar sehingga mengakibatkan ramai rakyat kehilangan kerja merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Sekretariat Profesional Muda, Pemuda Umno, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, ia juga menunjukkan mereka lebih mementingkan agenda peribadi dan politik pemimpin dalam kerajaan itu sendiri, berbanding nasib rakyat.

Menurutnya, keluhan dan kebimbangan pekerja MMC Gamuda apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan mahu membatalkan projek MRT2 itu ternyata satu manifestasi ketidakpuasan hati rakyat terhadap keputusan kerajaan.

“Saya lihat kerajaan hari ini tidak berpegang kepada prinsip rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Apa yang lebih penting bagi mereka adalah untuk mencantas projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan BN sebelum ini tanpa memikirkan nasib rakyat yang bekerja di syarikat yang terlibat dalam projek tersebut.

“Ini dilakukan atas alasan projek itu mahu di tender semula. Mengapa pula projek tersebut mahu di tender semula. Apa yang tidak kena? Adakah kerajaan dan Kementerian Kewangan boleh menjamin proses tender semula itu dilakukan dengan lebih telus dan adil?,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelas Najmil, beliau berpandangan kerajaan baharu hari ini tidak ada sebarang usaha dan idea baharu untuk menyenangkan rakyat, sebaliknya bersikap seperti pembuli rakyat apabila membuat keputusan tanpa memikirkan langsung nasib rakyat akar umbi.

Sedangkan, mereka seharusnya tampil dengan idea-idea baharu yang meyakinkan untuk memperkukuhkan ekonomi negara, sekali gus menaikkan taraf kehidupan rakyat di negara ini, dan bukan hanya bertindak seolah-olah mahu membalas dendam terhadap kerajaan sebelum ini.

“Dalam keadaan ekonomi tiba-tiba jatuh merudum selepas kerajaan PH mengambil alih, dengan ringgit yang semakin menguncup, dikejutkan pula dengan kejatuhan bursa saham Kuala Lumpur yang begitu teruk, sepatutnya kerajaan khususnya Menteri Kewangan tampil dengan idea dan cara untuk mengukuhkan kembali ekonomi, dan bukan hanya bercakap soal 1MDB semata-mata, macam sudah tidak ada kerja lain.

“Daripada respons rakyat di akar umbi, ramai yang telah bosan dengan sikap kerajaan hari ini yang asyik menyalahkan kerajaan terdahulu, sedangkan mereka sendiri tidak ada dasar-dasar baharu yang dikemukakan

Tiada ulasan: