Sabtu, 6 Oktober 2018

PORT DICKSON: MAHATHIR JADI TALIAN HAYAT ANWAR



Sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim terdesak sehingga terpaksa mencari talian hayat atau Tun Dr Mahathir Mohamad memberi isyarat bahawa Presiden PKR itu lemah apabila Perdana Menteri terpaksa turun padang bagi membantu kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Ia ekoran suasana hambar yang dilalui Anwar sepanjang kempennya ketika ini mengakibatkan beliau terpaksa meminjam “oksigen” daripada Mahathir untuk menarik sokongan warga Port Dickson.

Pengerusi PPBM itu mengesahkan yang beliau akan turun berkempen di Port Dickson bagi membantu Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Oktober ini.

Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, beliau akan turun padang sambil mengerahkan jentera parti dalam skala besar.

“Saya dan jentera parti akan berada (di Port Dickson) pada 8 Oktober di majlis besar-besaran kem
pen kita.
“Kita juga berharap pengundi Port Dickson di luar akan balik mengundi kerana tiada undi pos.

“Kena balik juga kerana banyak (pengundi) berada di negara lain,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Turut hadir Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo.


Tiada ulasan: